KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan melakukan provokasi terhadap anggota polis menjadi punca insiden kerja-mengejar dua hari lalu di Kubang Pasu.

Merujuk kepada rakaman video tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat jam lebih kurang 12.15 tengah hari ketika pegawai polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kubang Pasu menjalankan tugas rondaan harian mencegah kemalangan.

Semasa rondaan itu, pegawai polis ternampak sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC warna merah yang dinaiki dua lelaki tanpa topi keledar sambil melakukan provokasi apabila memotong kenderaan polis di sebelah kiri.

”Pegawai polis telah mengarahkan penunggang motosikal tersebut untuk berhenti dan suspek telah bertindak melarikan diri dengan memecut motosikal melintasi pembahagi tengah jalan dan menuju ke jalan kawasan bendang berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pegawai polis tersebut meneruskan rondaan seperti biasa dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” tambah beliau. – MalaysiaGazette