PUTRAJAYA – Buat pertama kali dalam sejarah majlis berbuka puasa oleh Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang.

Hampir kesemua pemimpin utama parti pembangkang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Laman Sari, Seri Perdana malam ini.

Antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Turut hadir lebih 200 Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara termasuk menteri-menteri Kabinet serta anak-anak yatim dari Raudhatul Al Faeez, Gombak.

Kehadiran hampir kesemua pemimpin parti politik Kerajaan dan pembangkang jelas menunjukkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri dan perpaduan yang utuh bagi memastikan negara dapat terus melangkah ke hadapan keluar daripada pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast