ras adiba
Ras Adiba Radzi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Agensi Berita Nasional (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi memberi jaminan agensi iu akan terus membuat liputan berita bagi memastikan kes penganiayaan seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU), Bella dapat diikuti orang ramai.

Beliau berkata demikian di laman Facebook setelah dikritik pelbagai pihak berikutan yang mendakwa tiada sebarang liputan mengenai prosiding kes tersebut sepanjang Isnin hingga Khamis oleh agensi itu.

Pada masa sama, pentadbir laman media sosial itu telah menutup ruangan komen

Sebelum ini, kecoh apabila netizen mendapati tiada liputan oleh media arus perdana lain sepanjang perbicaraan empat hari tersebut.

Terdahulu, Ras yang juga Senator mewakili OKU dalam satu kenyataan berkata beliau tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kes itu “kerana ia mungkin boleh mengganggu proses undang-undang”.

Mengenai ketidak-hadirannya ke mahkamah semasa perbicaraan kes Bella yang menggambarkan seolah-olah dirinya tidak mengambil peduli, beliau berkata ia adalah kerana “terdapatnya langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang mengehadkan kehadiran pihak-pihak berkaitan”.

Bagaimanapun, aktivis Justice4Bella, Mona Din dalam satu kenyataan balas berkata ulasan dari Ras Adiba bukan sesuatu yang diminta oleh mereka memandangkan semua sedia maklum kes sedang dibicarakan.

“Kita minta Senator tolong pastikan Bernama buat liputan setiap perbicaraan kes Bella, bukan ulasan.

“Boleh tak Senator sebagai wakil lantikan untuk OKU, juga sebagai Pengerudi Bernama, tolong minta Bernama buat liputan kembali 4 hari perbicaraan kes OKU adik Bella yang tiada langsung berita sebelum ini?” soalnya.

Terkini, Mona Din mengucapkan terima kasih kepada Ras Adiba kerana memberi jaminan akan membuat liputan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast