endemic transition phase Covid-19
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 382 kes jangkitan baharu Covid-19 dimasukkan kes hospital dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 167 kes dalam kategori 3,4 dan 5 manakala 215 kes lagi merupakan kategori 1 dan 2.

Menurutnya, terdapat 8,112 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan kumulatif kes positif daripada wabak itu di Malaysia meningkat sebanyak 4,325,818.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 8,087 merupakan penularan tempatan manakala 25 lagi kes import. Terdapat 174 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dimana 110 kes memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, berdasarkan perincian daripada jumlah jangkitan baharu itu sebanyak 3,772 kes adalah dalam kategori 1.

4,284 kes pula kategori 2, 29 kes kategori 3, 10 kes kategori 4 dan 17 kes dalam kategori 5.

Daripada 56 kes kategori bagi kategori 3,4 dan 5 sebanyak 17 merupakan individu tidak atau belum lengkap vaksinasi, 21 kes telah menerima dua dos vaksin, 18 kes telah menerima dos penggalak, 33 berumur 60 tahun ke atas dan 38 kes mempunyai komorbid.

Bagaimanapun beliau berkata, kes sembuh baharu juga tinggi dengan 15,765 kes direkodkan.

Terdahulu, hari ini Noor Hisham memberitahu, sebanyak 12 kematian akibat jangkitan itu dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik berkenaan iaitu 35,292 kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast