Amaran angin kencang dan laut bergelora Kategori Pertama di kawasan perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu bermula hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Amaran angin kencang dan laut bergelora Kategori Pertama di kawasan perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu bermula hari ini.

Menerusi kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

“Sehingga jam 9 pagi tadi, ribut tropika Megi itu berada di kedudukan 11 darjah Utara dan 125 darjah Selatan, kira-kira 144 kilometer (km) ke barat laut Surigao City, Filipina serta 950 km ke Timur Laut, Sandakan, Sabah.

“Ribut tropika ini hampir pegun dan kelajuan angin maksimum adalah 65 km/j,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengingatkan kepada orang awam terutama di kawasan terlibat untuk lebih peka dan mengikuti perkembangan sesama mengenai ribut tropika Megi yang dikemas kini setiap tiga jam menerusi laman web atau aplikasi myCuaca atau pun talian hotline MetMalaysia. – MalaysiaGazette