Rumah Prihatin menjadi platform kepada selebriti, artis dan karyawan untuk sama-sama menyumbang majlis berbuka puasa yang ditujukan khusus kepada orang awam dan kelompok asnaf.
Orang ramai yang ingin menikmati juadah digalak menaja golongan yang kurang bernasib baik untuk sama-sama berbuka puasa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian selepas merasmikan Iftar Ramadan@Rumah Prihatin di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.