Abd Jalil Hassan

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook bernama Uthaya Sangkar SB yang ditahan atas tindakannya membuat hantaran menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek yang berusia 50 tahun itu telah direman selama sehari pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Dia ditahan semalam telah direman pagi tadi selama sehari untuk dirakam keterangan membantu siasatan lanjut polis yang dikendalikan Oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 JSJ Bukit Aman.

“Bagaimanapun dia telah dibebaskan petang tadi dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Semalam dalam satu kenyataan di Bukit Aman, Abd Jalil mengesahkan tentang tangkapan lelaki tersebut di rumahnya di Taman Sri Muda Shah Alam oleh pasukan USJT Bukit Aman jam 11 pagi.

Uthaya didakwa membuat hantaran tersebut dalam Facebook pada 7 April lalu. – MalaysiaGazette