Pembinaan jeti menggunakan kayu berlian bernilai RM50,000 menimbulkan rasa ragu orang ramai.

KUALA LUMPUR – Tiada unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu bernilai RM50,000 di Kampung Mutap di Miri, Sarawak, yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)  telah meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, susulan dakwaan kos yang mahal seperti dibangkitkan orang ramai.

“Hasil semakan yang dibuat tidak menunjukkan ada rasuah atau penyelewengan.

“Kayu yang diguna memang benar kayu belian hasil penelitian oleh pakar,” kata sumber SPRM.

JKR Sarawak menerima pelbagai tomahan baru-baru ini susulan gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan penyerahan jeti kayu baharu di Kampung Mutap yang menelan kos RM50,000.

Ramai yang menyuarakan keraguan terhadap mutu jeti tersebut,  ada juga yang mempersoal jumlah peruntukan yang dikeluarkan kerajaan untuk jeti yang kelihatan ringkas.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim turut mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.- MalaysiaGazette