A. A. Anbalagan Serdang Seri Kembangan murder hacked body man
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A. Anbalagan. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Empat suspek lelaki yang ditangkap dalam kes bunuh membabitkan seorang lelaki dengan kesan tetakan di muka dan tangan pada 3 April lalu di Taman Bukit Serdang dekat sini akan didakwa ke mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan berkata, keempat-empat suspek warga tempatan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Kesemua suspek berusia 30 hingga 40-an itu akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya secara ringkas hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Terdahulu dalam kenyataan pada 6 April lalu, Anbalagan memaklumkan mangsa telah ditemui awam dalam keadaan tidak sedar diri sekitar pukul 5.56 pagi hadapan kedai makan di Taman Bukit Serdang.

Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa meninggal dunia dengan kesan tetakan di muka, leher dan tangan disyaki dibunuh.

Mangsa dipercayai diserang dengan senjata tajam iaitu parang.

Kesemua suspek telah ditangkap di tepi Jalan Songket Taman Maznah Klang selain sebuah kereta Proton Wira Aeroback disyaki digunakan suspek melakukan jenayah itu.- MalaysiaGazette