Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM1,200 kepada semua penjawat awam di negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, seramai 8, 000 penjawat awam akan menerima bantuan  membabitkan jumlah RM9.6 juta itu.

Pembayaran bantuan khas sempena raya akan dibayar bermula pada 20 April nanti.

“Pemberian bantuan sempena raya itu dinaikkan sebanyak RM200 berbanding tahun lalu iaitu RM1,000.

“Kerajaan negeri mampu melaksanakan bayaran khas itu kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, kalau kita (negeri Pahang) tiada duit, bagaimana nak bayar,” ujarnya.

Beliau berkata demikan ketika sidang media sejurus Pelancaran Agihan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022, Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun Satu 2022 di Dewan Kompleks Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) hari ini.

Justeru Wan Rosdy berharap Bantuan Khas Kewangan ini diharap dapat meringankan beban kakitangan awam di negeri ini dalam membuat persediaan menyambut Syawal nanti. – MalaysiaGazette