Gari nasyid singer drug Youtuber murder Penang
Seorang wanita direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan wang membabitkan kerugian RM1.2 juta di Baling, Kedah.- Gambar hiasan.

SEREMBAN – Tiga lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu pada Ahad lepas ditahan di kawasan semak Jalan Purun, Kuala Klawang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu DSP Maslan Udin berkata Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28; Mazlan Samah, 39, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Zainuddin, 62, ditahan pada pukul 10 malam dan direman empat hari bermula hari ini.

“Operasi mengesan seorang lagi banduan yang masih bebas iaitu Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dipanggil Umai masih lagi diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu di talian 06-6136 222 atau pegawai penyiasat Insp Zuria Anis Mahassan di talian 016-6096 996.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak tepat yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan siasatan polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi di Blok Muhasabah 2, Penjara Jelebu, iaitu lokasi kesemua banduan reman terbabit ditempatkan, mereka dipercayai telah melarikan diri melalui lubang siling serta keluar melalui lubang pagar yang disyaki dipotong menggunakan pemotong besi, menuju ke semak di belakang penjara itu.

— BERNAMA