Menteri Beaar Johor,Datuk Onn Hafiz membuat Pengumuman Khas bersempena Bantuan Kasih Bangsa Johor hari ini.

ISKANDAR PUTRI – Kerajaan Johor mengumumkan insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) merangkumi 28 inisiatif dengan peruntukan berjumlah RM144.36 juta, yang bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat negeri ini menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, insentif BKBJ itu merangkumi lima kategori iaitu insentif kemasyarakatan, kebajikan, orang muda Johor, pendidikan dan ekonomi.

Menurutnya, menerusi Kategori Pertama iaitu Kategori Kemasyarakatan, sebanyak 8 inisiatif digariskan dan ia melibatkan dana berjumlah RM34.16 juta.

”Lapan inisiatif tersebut ialah bantuan Beras Bangsa Johor. Melalui initiatif ini, Setiap rumah di Negeri Johor akan menerima bantuan beras sebanyak 10kg. Initiatif ini akan memberi manfaat kepada 3.69 juta penduduk Johor.

”Sebanyak 903,000 ketua isi rumah akan menerima bantuan ini bagi pihak semua penduduk Johor. Sebanyak RM23.67 juta diperuntukkan untuk initiatif ini,” katanya di sini.

Kedua, Bantuan RM300 kepada 11,790 pekerja gig, pemandu teksi, e-hailing dan penghantar makanan melibatkan dana sebanyak RM3.54 juta dan ketiga bantuan RM300 kepada 2,400 pemandu bas awam dan bas ekspres yang melibatkan peruntukan RM720,000.

Tambah beliau, sebanyak 11,267 nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan akan menerima bantuan RM300 yang melibatkan dana sebanyak RM3.38 juta.

Manakala bantuan imarah masjid dan surau sebanyak RM500 kepada 4,590 imam, bilal dan noja dari masjid dan surau kariah serta penggerak masjid dan penyedia al-Quran yang melibatkan peruntukan RM2.3 juta manakala 627 ketua kampung menerima bantuan RM500 melibatkan peruntukan sebanyak RM313,500.

Selain itu, bantuan geran kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Persatuan Pesara Polis Diraja Malaysia Negeri Johor masing-masing sebanyak RM120,000.

Bagi kategori kebajikan, sebanyak enam inisiatif dilaksanakan yang melibatkan dana berjumlah RM44.74 juta dan memberi manfaat kepada 103,790 orang iaitu bantuan khas Aidilfitri. Sebanyak RM400 akan disumbangkan kepada
fakir dan RM300 kepada golongan miskin melibatkan peruntukan RM14.2 juta.

Setiap pusat jagaan warga emas dan anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan geran RM10,000 dengan peruntukan sebanyak RM340,000.

Initiatif Anak Johor Prihatin pula akan diberikan kepada anak yang menjadi yatim kerana Covid-19 akan dimanfaat kepada 1,825 penerima dengan peruntukan RM3 juta dan inisiatif i-Berkat pula akan membantu 1,600 golongan B40, warga emas, OKU yang melibatkan dana RM1 juta untuk membeli barang keperluan seperti pesakit kronik dan terlantar.

Tambahnya, insentif mesra PPR pula memberi pengecualian sewa rumah PPR bagi tahun 2022 kepada 11,511 penyewa yang melibatkan dana sebanyak RM 22.25 juta dan insentif mesra RSK pula pengecualian sewa rumah Kkerajaan bagi tahun 2022
kepada 3,020 penyewa yang melibatkan dana sebanyak RM 3.95 juta.

Onn berkata, bagi kategori pendidikan, sebanyak tiga inisiatif dberikan yang melibatkan dana berjumlah RM21 juta dan memberi manfaat kepada 125,101 orang, manakala bagi ekonomi, sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan melibatkan dana berjumlah RM33.28 juta dan memberi manfaat kepada 79,700 orang.

Seterusnya, menerusi Kategori Orang Muda Johor, sebanyak empat inisiatif dilaksanakan yang melibatkan dana berjumlah RM11.2 juta.

Ia termasuk Bantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada setiap pasangan rakyat Johor yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah, bantuan geran kepada Southern Volunteers yang melibatkan dana
sebanyak RM800,000, bantuan geran kepada Majlis Belia Negeri Johor sebanyak RM200,000.

Menerusi kategori pendidikan, sebanyak tiga inisiatif dberikan yang melibatkan dana berjumlah RM21 juta dan memberi manfaat kepada 125,101 orang iaitu bantuan khas persekolahan sebanyak RM150 kepada 123,361 pelajar sekolah rendah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM18.5 juta dan bantuan hahasiswa IPTA/IPTS sebanyak RM500 untuk diploma dan RM1,000 untuk ijazah.

Manakala Biasiswa Bangsa Johor memperuntukan sebanyak RM1 juta untuk membiayai yuran pelajar di peringkat diploma dan ijazah sarjana di Kolej Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor bagi 40 mahasiswa.

”Pengagihan bantuan ini akan dilakukan secara berperingkat dalam masa terdekat. InsyaAllah, ramai rakyat Johor yang akan menerima bantuan ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Disebabkan faktor masa, ada juga yang akan menerima bantuan sejerus selepas Raya. Apa pun, kerajaan negeri akan segerakkan bantuan-bantuan ini.

”Saya dan barisan Exco berharap sumbangan ini mampu memberi sedikit kelegaan dan keceriaan kepada semua Bangsa Johor. Kebajikan, kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dan negeri ini sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Johor,” ujarnya. – MalaysiaGazette