MGNews: MySejahtera Masih Diperlukan Sebagai Data Mengawal Penularan Covid-19

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, data MySejahtera masih diguna pakai untuk memastikan kawalan COVID-19 dalam keadaan tahap yang baik dan terkawal.

Katanya, mesyuarat MPN, hari ini, mendengar pandangan daripada ahli dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengenai penggunaan aplikasi itu dalam situasi negara yang sudah memasuki fasa peralihan.