Saturday, April 27, 2024
Home Seni Hidup ‘S’ tak habis-habis buat fitnah – Mawar

‘S’ tak habis-habis buat fitnah – Mawar

Foto Instagram Mawar Karim.
KUALA LUMPUR – Usahawan tudung popular, Mawar Karim menafikan kononnya dia melarikan diri daripada membayar hutang dan bakal diisytihar bankrap.
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mendedahkan terdapat individu yang digelar  ‘S’ sengaja memfitnahnya sejak dari tahun lalu.
“Wahai S tak habis-habis lagi reka cerita fitnah fasal saya. Tahun lalu fasal SJR, cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai bankrap pulak dah,” tulis Mawar dalam Insta Story miliknya.
Kelmarin, media melaporkan Mawar bakal diiystiharkan bankrap selepas didakwa melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.
Ibu tunggal kepada seorang anak itu memberitahu, umum mengenali siapa individu dengan gerangan ‘S’ yang didakwa sengaja mahu memalukannya.
“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” ujarnya lagi.
Selain perniagaan tudung, Mawar juga mempunyai perniagaan barang kemas atau emas.
– MalaysiaGazette