Wanita antara lima suspek ahli sindiket penipuan e-wallet wang Krypto dalam talian ditumpaskan polis IPD Cheras.

KUALA LUMPUR — Polis menahan lima individu disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan mengurus e-wallet mata wang kripto secara dalam talian semasa serbuan di sebuah unit kediaman berdekatan Bukit Jalil, semalam.

Mereka yang ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam lebih kurang 12.10 tengah hari itu membabitkan dua orang lelaki dan dua orang perempuan warganegara tempatan bersama seorang wanita asing.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 29 tahun hingga 41 tahun.

Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata, serbuan tersebut membawa kepada rampasan dua unit komputer riba pelbagai jenama, 65 unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit perangkat keras komputer (CPU) dan dua unit modem.

“Segala peranti yang dirampas disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan mengurus e-Wallet mata wang kripto  milik pelanggan warganegara tempatan secara atas talian”

“Sindiket ini dipercayai terlibat dengan kegiatan menguruskan e-Wallet, mengajar dan turut memanipulasi pengguna dalam transaksi jual beli saham mata wang kripto dan telah beroperasi sejak November 2020,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan tangkapan telah direman bermula 15 April 2022 sehingga 16 April ini untuk siasatan lanjut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast