Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat keputusan untuk tidak menyambung Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang akan tamat 31 Julai ini.

Katanya, sebagai Naib Presiden UMNO, beliau akan akur dengan keputusan yang dibuat parti.