Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Satu langkah ke hadapan.

Demikian reaksi Tan Sri Annuar Musa berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri jika menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Ketereh itu mengucapkan tahniah kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan saf kepimpinan MKT UMNO yang telah membuat keputusan tuntas itu.

“Jelas sekali lagi syura dan muafakat MKT UMNO menampilkan kematangan dan kebijaksanaannya terutama dalam membuat keputusan kritikal dan strategik bagi memastikan kelangsungan perjuangan parti.

“Keputusan ini membolehkan Ismail Sabri menumpukan perhatian dan mengerahkan seluruh kekuatan bagi mengembalikan semula kekuatan UMNO serta memulihkan keyakinan rakyat.

“Saya percaya keputusan ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh seluruh ahli dan penyokong perjuangan UMNO tetapi juga oleh parti komponen BN dan rakan sekutu BN,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Annuar yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, sudah tiba masanya Perdana Menteri turut diberi amanah sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pengarah Utama Jentera Pilihan Raya BN.

Kata beliau, sebagai calon Perdana Menteri, Ismail Sabri perlu diberi seluas-luas ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa ‘order baharu’ politik negara yang lebih segar, bersih, berintegriti dan mampu memulihkan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kalau nak jadi Pengerusi BN, ko kena jadi Presiden UMNO…dan presiden UMNO dipilih dalam PAU…PM bukan Presiden parti…tu punya simple pun ko tak faham kaa..bodoh betul

Comments are closed.