Najib Razak Anwar Ibrahim debate live
Debat Najib-Anwar akan diadakan di Matic pada 12 Mei ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju dengan satu tarikh untuk debat antara mereka.

Menurut Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, tarikh dan perkara berkaitan yang lain akan diumumkan secara bersama dalam satu sidang media sama ada esok atau Ahad.

Isham Jalil

“Saya ingin memaklumkan bahawa kami dan pihak Datuk Seri Anwar telah bersetuju dengan satu tarikh untuk debat (Debat Najib-Anwar) dan tarikh ini serta perkara berkaitan akan diumumkan bersama dalam sidang media bersama esok atau lusa,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sebelum ini heboh dengan kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa mantan Perdana Menteri sengaja mengelak daripada berdebat dengan Presiden PKR pada Ramadan ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Isham telah bersetuju dengan cadangan orang Najib supaya debat diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, tidak lama selepas pertemuan itu, Fahmi membuat kenyataan mendakwa Najib tidak berani menyahut saranan Anwar untuk berdebat di bulan Ramadan.

Kenyataan itu disanggah Isham yang kemudian memberi kronologi kepada pertemuannya dengan Fahmi dan perkara yang dipersetujui. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. dengar sini///NI SAYA ANWAR hendak cakap….saya ulang..saya ulang saya ulang Hari ini kita menang putrajaya fESOKK harga minyak TURUNNNN RM1.50

    SAYA ulang saya ulang sayaaaa ada cukup nombor EKOR KEPALA yang menyakinkan untuk saya diANGKAT sebagai PM

Comments are closed.