Ahli Parlimen Shah Alam, yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata tidak semua pemilik unit rumah bersetuju untuk berpindah dan mereka juga mempunyai hak berunding dengan pemaju lain.

Jelasnya, ketika memegang jawatan menteri, perkara berkenaan tidak menjadi isu kerana ketika itu, pemaju dan pemilik masih lagi berunding untuk mencari jalan penyelesaian.