Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya telah menahan seorang individu warga China.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata,  individu tersebut sebenarnya tidak ditahan tetapi urusan untuk memberikan pas khas kepada individu itu  tidak dapat diteruskan kerana beliau gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengemukakan dokumen diperlukan pihak berkuasa.

“Lelaki itu juga didapati gagal mengemukakan tiket penerbangan pulang dalam masa 30 hari dan beliau juga tidak memuat naik keputusan ujian RTK Covid-19 ke dalam aplikasi MySejahtera seperti yang disyaratkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

Tambah beliau, pas khas tidak dapat dikeluarkan oleh Imigresen kerana perlu menunggu syarikat majikan individu terbabit membeli tiket penerbangan pulang dan keputusan RTK dimuatnaik ke dalam MySejahtera.

Bagaimanapun, katanya setelah tiket penerbangan pulang yang sah dalam tempoh 30 hari telah dikemukakan dan keputusan RTK telah berjaya di muat naik dalam MySejahtera, Imigresen akhirnya telah mengeluarkan pas khas dan Memo Periksa Keluar kepada lelaki itu selaras dengan peraturan dan undang-undang yang diperuntukkan.

“Masyarakat sama ada warga asing atau warga tempatan adalah dengan tegas diingatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa dan menyediakan semua maklumat serta dokumen yang diperlukan imigresen secara lengkap sebelum hadir berurusan di kaunter atau mana-mana Pejabat Imigresen,” katanya.- MalaysiaGazette

Pelaut bukan PATI, harap tindakan tahan lebih 8 jam tidak berlaku lagi – Jeyendran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast