Keperluan hospital di Sri Lanka semakin meruncing. Foto BBC

COLOMBO – Hospital di Sri Lanka telah kehabisan ubat-ubatan dan bekalan penting ketika negara ini berdepan dengan krisis ekonomi yang semakin meruncing.

Kebanyakan doktor bimbang malapetaka berlaku jika bantuan antarabangsa tidak tiba segera.

“Hari demi hari bekalan semakin berkurangan. Jika kita sampai ke tahap sifar, maka saya tidak tahu apa yang akan berlaku,” kata Dr Gnanasekaram.

Sebagai Setiausaha Persatuan Pakar Perubatan Sri Lanka, pakar bedah itu sibuk menyusun senarai ubat-ubatan yang hampir habis di hospital di ibu negara Colombo.

“Kami kekurangan ubat perubatan, ubat bius, implan, bahan jahitan. Stok hampir habis.

“Perkhidmatan penjagaan kesihatan akan ‘runtuh’ melainkan ada bantuan segera,” katanya.

Gnanasekaram berkata, jika itu berlaku mungkin ada situasi yang boleh menyebabkan nyawa pesakit tidak dapat diselamatkan.

Sri Lanka berada di tengah-tengah krisis ekonomi terburuk dalam sejarah.

Negara ini mengimport kira-kira 85% daripada bekalan perubatannya tetapi dengan rizab mata wang asing semakin rendah, ubat-ubatan penting kini sukar diperoleh. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast