Gelagat kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin Covid-19 sempena Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak 'PICKids' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ 03 FABRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,420,019 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 39.9 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 452,633 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 12.7 peratus, telah lengkap divaksinasi.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,875,587 individu atau 92.4 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,976,803 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa, sebanyak 15,980,555 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,961,507 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, selain 23,238,533 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 55,642 dos vaksin diberikan, melibatkan 40,397 dos kedua, 6,247 dos penggalak dan 8,998 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,692,713. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast