Ali

JOHOR BAHRU – Jabatan Penjara Malaysia Kluang sedang mengesan waris seorang banduan dikenali sebagai Ismail Atan yang meninggal dunia Sabtu lalu.

Penghuni penjara berkenaan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom pada 1.23 petang.

Ismail, 67, adalah warganegara Malaysia dan alamat terakhir beliau di TNB 10/2 Kampung Nelayan Bentang Laut, Jalan Abdul Rahman Parit Jawa, Muar, Johor.

Dia difahamkan mempunyai waris iaitu kakak kandung yang dikenali sebagai Salmah Atan yang juga warganegara Malaysia.

”Pihak penjara juga sudah menjejejaki kakak kandung si mati di alamat tertera namun gagal untuk dikesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai waris si mati diminta berhubung dengan Penjara Kluang di talian 077875200,” katanya. – MalaysiaGazette