KUALA – Polishari ini menahan seorang lelaki kerana disyaki menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi di Bandar Puteri, Klang.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek polis telah berjaya merampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian samun.

“Hasil soal siasat lanjut suspek akhirnya mengaku terlibat secara individu dalam kes samun di kedai serbaneka itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang pekerja kedai serbaneka di Taman Sentosa diugut suspek.

Remaja perempuan berusia 19 tahun itu didatangi suspek dalam keadaan mabuk dengan bersenjatakan gergaji meminta wang daripada beliau. Kerugian dianggarkan berjumlah RM235.15.

Menurut Hoong Foing, Katanya, siastaan mendapati lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambah, hasil siasatan lanjut suspek berusia 45 tahun itu menyatakan selepas kejadian samun itu, dia menggunakan duit hasil kegiatan jenayahnya itu untuk membeli makanan dan arak selama dua hari.

“Suspek kita ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah Klang pagi esok (Rabu) untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut polis,” ujarnya. – MalaysiaGazette