Datuk Hishamuddin Hashim, the Secretary-General of the Malaysia International Humanitarian Organization (MHO)
Datuk Hishamuddin Hashim

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) melahirkan kebimbangan dengan insiden 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Depot Imigresen Sementara Relau yang melarikan diri.

Malah kata Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim sedih apabila daripada jumlah itu, seramai enam etnik Rohingnya maut  selepas dilanggar kereta ketika cuba melarikan diri.

“Pastinya MHO tidak menyokong tindakan PATI ini tetapi kita juga perlu fikir mengapa insiden rusuhan ini berlaku sehingga ada yang sanggup merisikokan nyawa berjalan begitu jauh akhirnya di tangkap dan ada yang maut dilanggar.

“MHO juga tidak berniat langsung untuk menuding jari kepada Jabatan Imigresen sebaliknya kita perlu cari jalan penyelesaian bagi memastikan insiden rusuhan seperti ini tidak berlaku lagi. Sejak awal lagi MHO sudah beberapa menyuarakan kebimbangan keadaan depoh tahanan di negara ini.

“Malah keadaan depoh tahanan sementara seperti di Sabah yang begitu padat dan sesak kerana begitu ramai PATI ditempatkan seperti yang pernah kita ketengahkan sebelum ini.

“Tetapi apa yang sebenarnya berdepan dengan pelbagai kekurangan, daif dan kemudahan sebenarnya tidak cukup serta usang, ini belum lagi keadaan cukup padat dan tidak bersih di depoh tahanan berkenaan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Awal hari ini, sejumlah 528 etnik Rohingya merusuh sebelum melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap di Relau dan sehingga kini, 362 individu telah berjaya dikesan dan usaha menjejaki baki tahanan sedang giat dijalankan polis Kedah dengan kerjasama Kontinjen Pulau Pinang.

Kata Hishamuddin, insiden itu sepatutnya membuka mata umum tentang keadaan depoh tahanan yang semestinya memerlukan penambaikkan pada masa hadapan.

“MHO sejak dulu lagi sudah berjuang supaya  depoh depoh tahan dapat berada dalam standard yang mematuhi nilai kemanusiaan supaya mereka dapat dilayan sebagai manusia meskipun mereka warga asing.

“Ingatlah ini adalah kerana tuntutan agama dan juga kemanusiaan untuk kita sebagai manusia menjaga nilai kemanusiaan kepada manusia lain walaupun mereka bukan dalam kalangan kita,” katanya.

Hishamuddin juga merayu supaya kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen melakukan kajian di seluruh Malaysia selari dengan standard yang boleh diterima daripada sudut kemanusiaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast