The Founder of Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali arrives at the court for the child neglect and abuse case of the Down Syndrome girl, Bella. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 20 APRIL 2022.
The Founder of Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali arrives at the court for the child neglect and abuse case of the Down Syndrome girl, Bella. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 20 APRIL 2022. Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali hadir ke mahkamah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Keterangan Yasmin Nahar Mahmood, 19, kononnya remaja sindrom down, Bella telah diberi makan 1,280 biji padi cili didakwa sebagai pembohongan terbesar saksi kelima kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Peguambela Siti Bainun, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, tidak ada laporan perubatan daripada doktor menunjukkan remaja kelainan upaya (OKU) itu telah diberi makan cili dan mengalami kecederaan dalaman akibat memakan cili yang banyak.

Peguam: Yasmin saya cadangkan, tahu tak kalau makan cili hari-hari boleh sebabkan tisu inflation. Tahu tak? Dan boleh menyebabkan perut rosak. Juga boleh buat heart burn?

Saksi: Tidak tahu.

Peguam: Tak ada satu doktor pun yang telah memberikan keterangan atau laporan perubatan yang diserahkan kepada pihak pembelaan Bella ada kerosakan perut atau heart burn? Setuju tak?

Saksi: Tak tahu

Peguam: Sebab perkara ini tak pernah terjadi Yasmin.

Saksi bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menipu ketika memberi keterangan berkaitan perkara tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, Yasmin telah memberitahu kepada mahkamah bahawa Bella telah dipaksa makan 20 biji cili padi beberapa kali seminggu selama berminggu-minggu oleh Siti Bainun.

Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi hari ini, Nur Aminahtul Mardiah turut mendakwa Yasmin menipu apabila mendakwa Bella telah disiram dengan air panas yang diambil dari mesin Cuckoo.

Menurut Nur Aminahtul Mardiah, mesin air itu telah rosak sejak 11 Mac 2021 iaitu bulan yang disebut oleh Yasmin sebagai permulaan Bella didera oleh Siti Bainun. Mesin tersebut telah dibaiki pada 22 Jun 2021.

Peguam: Yasmin boleh ingat segala detail yang berlaku di kondo tersebut tapi Yasmin tak ingat ke Cuckoo itu rosak.

Yasmin: Cuckoo itu rosak.

Peguam: Ingat atau tidak.

Yasmin: Tak.

Peguam: Dan Cuckoo ini telah rosak sejak Mac 2021. Tahu ke tak tahu?

Yasmin: Tak.

Dalam perbicaraan tersebut yang berhenti rehat pada pukul 1.00 tengah hari , Nur Aminahtul Mardiah mencadangan Yasmin telah melakukan 30 penipuan kepada mahkamah.

Bagaimanapun Yasmin menafikan semua dakwaan bahawa dia telah memberi keterangan palsu.

Perbicaraan bersambung pada pukul 2.30 petang nanti.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-MalaysiaGazette