Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Kabinet memutuskan perolehan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) diteruskan selepas mengambil kira dua faktor utama.

Pertama, ia aset yang amat diperlukan dan kedua terdapat 400 vendor yang terbabit dalam projek ini dengan implikasi kewangan lebih RM4 billion.

Daripada jumlah itu, lebih 100 daripadanya adalah syarikat milik rakyat Malaysia.