Ahli falak melihat anak bulan melalui teleskop bagi menetapkan tarikh awal Ramadan yang jatuh pada 3 April 2022 iaitu ahad ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Cerap Bukit Jugra, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2022- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 1 Mei ini bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijriah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja  bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri itu akan disytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu melalui radio dan televisyen.

Justeru, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Syawal pada petang hari 1 Mei 2022 di 29 lokasi terpilih.

Berikut merupakan 29 lokasi tersebut:

Johor

Pontian Kecil, Johor

Melaka

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

Negeri Sembilan

Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Selangor

Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan

Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan

Perak

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan

Pulau Pinang

Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

Kedah

Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah Darul Aman

Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Terengganu

Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

Kelantan

Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan

Pahang

Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Putrajaya

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya

Perlis

Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Labuan

Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Sarawak

Pusat Falak Miri, Sarawak

Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak

Sabah

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.- MalaysiaGazette