PUTRAJAYA – Malaysia terus mencatatkan penurunan jangkitan Covid-19 semalam apabila sebanyak 5,899 kes dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 4,402,234 kes.
Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (3,579 kes), Kuala Lumpur (649 kes), Perak (301 kes), Negeri Sembilan (249 kes), Johor (214 kes), Pulau Pinang (193 kes), Sarawak (151 kes), Kedah (126 kes) dan Melaka (112 kes).
Turut menyumbang pada kes baharu adalah Sabah (85 kes), Pahang (61 kes), Terengganu (60 kes), Putrajaya (60 kes), Kelantan (25 kes), Perlis (20 kes) dan Labuan (14 kes).
Dr. Noor Hisham dalam kenyataannya menambah, pada masa sama, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,470 kes.
Menurut beliau, sebanyak empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,509 kes. – MalaysiaGazette