Keadaan sebuah masjid yang rosak teruk selepas diletupkan menyebabkan 33 orang jemaah maut. foto Reuters

KUNDUZ, Afghanistan -Sekurang-kurangnya 33 orang jemaah dterbunuh dan 43 lagi cedera selepas letupan menggegarkan sebuah masjid di daerah Imam Sahib yang terletak di utara Afghanistan pada Jumaat.

Ketua jurucakap kerajaan sementara pimpinan Taliban, Zabihullah Mujahid yang mengesahkan kejadian itu berkata,  pihak yang terlibat di sebalik serangan itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Letupan berlaku kira-kira jam 2:30 petang waktu tempatan di Masjid Mullah Sikandar di Imam Sahib, seorang saksi.

Insiden itu berlaku sejurus selepas solat Jumaat ketika sekumpulan jemaah sedang berzikir.

Kejadian itu terjadi sehari selepas sebuah masjid di Mazar-i-Sharif diserang menyebabkan 31 maut dan 87 cedera dalam empat siri letupan merentasi negara ini.

Serangan hari Khamis itu mengorbankan 34 orang dan lebih 100 orang cedera.

Sifat letupan terbaharu yang merosakkan bangunan itu tidak diketahui.

Selain itu, sekurang-kurangnya seorang cedera di ibu negara negara Kabul dalam letupan bom di tepi jalan yang berlaku beberapa jam selepas letupan Kunduz di Daerah Polis 7 bandar itu, menurut sumber keselamatan.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – Xinhua (https://english.news.cn/asiapacific/20220423/f795d823a87742409baeea113a6a14e3/c.html)