dua mesej yang perlu disampaikan menerusi perbincangan itu agar menamatkan pergolakan dan melabelkan Israel sebagai negara aparteid.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Menteri Luar akan menghantar Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi bagi menghadiri mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhubung isu kekejaman Israel pada Isnin ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Datuk Abd Razak Abdul Wahab akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat yang akan diadakan di Jeddah.

Menurutnya, dua mesej yang perlu disampaikan menerusi perbincangan itu agar menamatkan pergolakan dan melabelkan Israel sebagai negara aparteid.

“Mesej pertama hendak disampaikan ialah tamatkan apa yang sedang berlaku. Kedua, kita menggesa negara-negara OIC dan masyarakat antarabangsa untuk melabel Israel sebagai negara aparteid,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu Ahli Parlimen Indera Mahkota itu tegas menyatakan pendiriannya mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas penduduk awam dan jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Susulan itu, Saifuddin telah menulis surat rasmi kepada pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan bagi menghentikan serangan keganasan Israel ke atas rakyat Palestin.

“Saya menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Setiausaha Agung OIC, Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Setiausaha Luar United Kingdom,” katanya.

Selain itu pihaknya juga menghubungi Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada Palestin. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tengok cemin dulu dasar ekonomi apartheid aka DEB/NEP 30% untuk majority pribumi Melayu supaya minority baka migran asing timah dan getah yang menguntungkan ekonomi penjajah Inggeris meraih 70% ekonomi sehingga tanah rizab Melayu kini tinggal 12% setelah diduduki migran asing timah dan getah berbanding tanah Palestine tinggal sekurang- kurangnya 30% setelah diduduki migran asing Yahudi.

Comments are closed.