Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam permohonannya buat kali kedua untuk menyingkirkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar kes pengubahan wang haram (AMLA) dan mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapinya.
Bagaimanapun beliau berjaya menggantung perbicaraan kes yang sepatutnya bermula pada Rabu ini sementara menunggu rayuannya berhubung keputusan untuk menyingkirkan hakim diputuskan.