Gambar hiasan

ISLAMABAD – Empat orang maut dan beberapa lagi cedera apabila letupan berlaku di dalam sebuah universiti di bandar pelabuhan selatan Karachi.

Letupan berlaku di dalam sebuah van yang diletakkan di universiti itu.

Van itu terbakar susulan letupan, menurut laporan media tempatan.

Jenis letupan masih belum ditentukan lagi.

Polis akan memanggil skuad pemusnah bom untuk menentukan sama ada kejadian itu adalah serangan pengganas atau kemalangan.

Identiti orang yang cedera belum disahkan secara rasmi dan mangsa-mangsa yang cedera telah pindahkan ke hospital berdekatan. – Xinhua (https://english.news.cn/asiapacific/20220426/3ac5f957567341b688386c1f8f14a25d/c.html)