Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lapan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk dua kes berlaku di luar hospital, menurut Kementerian Kesihatan (KKM)

Pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian mencecah 35,507.

Selangor merekodkan lima kes kematian, diikuti dua kes di Kedah dan satu di Melaka.

Malaysia turut menyaksikan 2,478 kes baharu Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 35,507.

Dalam tempoh sama, sebanyak 68,007 kes aktif dilaporkan dengan 1,809 kes atau 2.7% dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu 98 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 63 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 4,433,551 kes Covid-19. – MalaysiaGazette