Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 JUN 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 180 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 87 kes (48.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 93 kes (51.7 peratus) lagi kategori 1 dan 2.

Negara merekodkan 3,361 kes baharu positif dalam tempoh sama.

Menurut beliau, walaupun kes baharu menunjukkan peningkatan berbanding 2,478 kes dua hari lalu, namun jumlah kemasukan ke hospital masih di bawah angka 200 kes dalam tempoh tiga hari berturut-turut minggu ini.

Selangor merekodkan kes kemasukan hospital tertinggi sebanyak 47, diikuti Perak (24), Kuala Lumpur (17), Sabah (13) dan masing-masing 12 di Kedah dan Johor.

Menurut beliau, tiada negeri yang merekodkan penggunaan katil kes kritikal (ICU) melebihi 50 peratus.

Manakala 63 atau 8 peratus pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) statik.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam. – MalaysiaGazette