Petugas Unit Forensik melakukan kerja-kerja mengurus mayat yang kini ditempatkan dalam kontena khas selepas peti beku sedia ada telah penuh berikutan peningkat kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 kematian Covid-19 dilaporkan semalam termasuk kes berlaku di luar hospital.

Setakat malam tadi, jumlah kematian akibat pandemik itu bertambah kepada 35,520.

Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan tiga kes kematian.

Manakala Kedah dan Perak masing-masing dua serta satu kes di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang.

Jumlah keseluruhan kematian kini mencecah angka 35,520.

Dalam tempoh itu sebanyak 3,361 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 61,871 kes aktif dilaporkan dengan 1,531 menerima rawatan di hospital.

Daripada angka itu, 101 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 63 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 9,484.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini berjumlah 4,436,912. – MalaysiaGazette