Israel melakukan bedilan kali ketiga dalam bulan ini.

DAMSYIK – Israel melepaskan beberapa peluru berpandu yang mensasarkan sekitar ibu negara Syria, Damsyik awal hari ini, lapor agensi berita Sana yang memetik sumber tentera.

Sumber itu menambah, bagaimanapun pertahanan udara Syria menembak jatuh kebanyakan peluru berpandu yang dilancarkan dari bandar Tiberias, Israel.

Israel telah beberapa tahun melancarkan serangan ke atas kawasan yang disifatkannya sebagai sasaran berkaitan Iran di Syria,
yang mana tentera yang disokong Tehran, termasuk Hizbullah Lubnan, telah ditempatkan membantu Presiden Bashar al-Assad dalam konflik Syria yang meletus pada tahun 2011. – Reuters (https://www.reuters.com/world/middle-east/explosions-heard-over-syrias-capital-damascus-state-news-agency-2022-04-26/)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast