Harvinderjit Singh

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan tuduhan terhadap anak guamnya sebagai ‘mengarut’ apabila berasaskan kegagalan melaporkan cek bernilai RM9.5 juta yang diterimanya.

Harvinderjit Singh berkata demikian ketika sesi soal jawab saksi kelapan iaitu, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Farid Jabar.

Harvinderjit berkata, ini kerana tuduhan yang dibuat oleh SPRM adalah berdasarkan hasil siasatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja.

“Dasar tunggal kamu dapati tiada niat baik adalah hasil siasatan di bawah aduan pihak lain… It’s ridiculous,” katanya kepada Mahkamah Tinggi, hari ini.

Terdahulu, perbicaraan kes penggubahan wang haram bernilai RM9.5 juta membabitkan peguam terkenal hari ini dilihat terarah kepada asas dan dasar pertuduhan terhadap Muhammad Shafee.

Harvinderjit mencadangkan kepada saksi bahawa tuduhan pengubahan wang haram terhadap anak guamnya tidak berasas hanya kerana kegagalan wang yang diterimanya.

Walaubagaimanapun, saksi menolak cadangan berkenaan.

Katanya, tuduhan dibuat berdasarkan bukti daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mendapati Muhammad Shafee gagal melaporkan dua cek bernilai RM9.5 juta yang diterimanya pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Selain itu, Harvinderjit Singh berkata kepada saksi, kedua-dua cek berkenaan tidak menggambarkan terdapat hasil haram.

Sesi soal jawab saksi tidak berakhir pada hari ini, aebaliknya akan disambung pada 12 Mei depan.

Untuk rekod Muhammad Shafee berdepan dengan dua tuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya bernilai RM9.5 juta.

Beliau didakwa  mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).- MalaysiaGazette