Selepas dua tahun sunyi daripada kehadiran pelancong Indonesia, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana di sini bakal dipenuhi pengembara  selepas membuka sempadan maritimnya bermula 5 Mei ini.

MELAKA – Selepas dua tahun sunyi daripada kehadiran pelancong Indonesia, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kota Laksamana di sini bakal dipenuhi pengembara  selepas membuka sempadan maritimnya bermula 5 Mei ini.

Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataannya hari ini berkata, ketibaan feri penumpang Dumai- Melaka yang mampu memuatkan 280 penumpang itu dijangka tiba pukul 12.50 tengah hari.

“Majlis sambutan ketibaan pelancong dijangka disambut Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

“Jumlah penuh penumpang feri adalah seramai 280 orang namun sehingga kini, kita masih belum dapat sahkan jumlah sebenar pelancong yang bakal tiba,” katanya.

Sebelum ini, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan menjangka kemasukan 200 pengembara dari Indonesia sehari melalui sempadan maritim negara sebaik sahaja Indonesia membenarkan pembukaan sempadan negaranya.

Sasaran itu setelah berada fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu itu berdasarkan kapasiti sebuah feri dari Indonesia yang akan memasuki Melaka CIQS.

Keadaan itu jelasnya sekaligus merancakkan semula sektor pelancongan kesihatan negeri dan CIQS Melaka sudah siap sedia dengan segala prosedur operasi standard (SOP) yang dirangka untuk memastikan semula pertumbuhan sektor pelancongan negeri.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast