Kereta mangsa ditemui berhampiran lokasinya terjun di Jambatan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas terjun di Kilometer 2.0 Jambatan Pulau Pinang arah pusat bandar menuju ke Perai, hari ini.

Wanita berusia 47 tahun itu dilihat orang awam terjun pada jam 1.35 tengah hari dengan meninggalkan kereta miliknya jenis Perodua Myvi berwarna perak

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Hirman Mat Rodzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melihat kejadian pada pukul 1.41 tengah hari.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati kereta mangsa berada di lokasi berhampiran tempat dia didakwa terjun.

“Pemeriksaan juga mendapati mangsa meninggalkan dokumen peribadinya di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dengan bantuan Polis Marin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast