PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis memburu seorang lelaki yang disyaki melakukan onani di belakang sebuah rumah di Seksyen 23, Shah Alam, seperti yang tular dalam rakaman video baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, video berdurasi 1 minit 19 saat berkenaan tular di media sosial selepas ia dimuat naik oleh pengguna Twitter.

“Pengadu yang merupakan akauntan dan ibu kepada seorang anak membuat laporan polis berhubung kejadian pada 27 April lalu selepas mendapat makluman mengenai perkara itu daripada seorang jirannya,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati tiada kesan cubaan memecah masuk rumah pengadu.

Dalam masa yang sama, rakaman video pula tidak memaparkan wajah suspek dengan jelas.

Namun ujar Mohd Iqbal, polis percaya lelaki berkenaan merupakan warga asing.

Ujarnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652 atau 03-55202222bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette