Kita sering mendengar kisah keluarga berulang kali diceritakan setiap lebaran. Biarpun sekecil perbualan, namun, inilah yang mendekatkan jalinan.

Pengisian inilah yang diangkat sebagai tema untuk filem Raya Perodua tahun ini.

Diberi judul ‘Cerita Konar-Konar’, filem ini bermula dengan Ahmad bercerita tentang Moyang Jaafar atau lebih dikenali sebagai Nyang Jaafar, seorang yang suka membantu.

Seiring nilai jenama Perodua iaitu ‘mengatasi segala jangkaan’, Nyang Jaafar sentiasa berusaha melakukan lebih daripada yang diharapkan. Bukan sekadar ringan tulang, malah, dia setia mendengar sesiapa pun yang mahu bercerita padanya. Tapi, apabila filem ini menyentuh tentang asal-usul warna ‘luar biasa’ rumah mereka, babak dan jalan ceritanya mula berubah.

Penonton kemudiannya akan mengetahui bahawa pencerita sebenar adalah Ahmad yang kini telah berusia. Rupanya, cerita yang dikenang asyik ‘konar-konar’ kerana dia dan kakaknya masing-masing mengingati versi berbeza.

Mesej yang ingin disampaikan menerusi filem ini adalah kesungguhan untuk saling tak jemu melayan, seperti yang ditunjukkan oleh si cucu yang setia mendengar meskipun cerita kerap bertukar, dan inilah yang sering dialami apabila berkumpul bersama.

Di sinilah letaknya daya tarikan ‘Cerita Konar-Konar’, dan waktu tayangannya menepati situasi hari ini. “Setelah sekian lama tidak dapat berkumpul untuk berhari raya, kehadiran seisi keluarga amat dinanti-nantikan,” jelas Sulasi Haji Mahadi, Pengurus Besar (Perhubungan & Komunikasi Korporat) Perodua. “Kekecohan dan kegembiraan dalam kehadiran inilah yang kami ingin rai dan sampaikan pada rakyat Malaysia, kerana detik-detik beginilah yang menjadikan Syawal begitu bermakna.”

Filem hasil kolaborasi antara Spin Communications dan Reservoir Production ini kini disiarkan di semua saluran media sosial Perodua dengan versi 90 saat di slot Buletin Utama TV3, hingga 10 Mei 2022.

Saksikan filem penuh di youtube.com/perodua #CeritaKonarKonar
Perodua Raya 2022 – #CeritaKonarKonar