Air Selangor water tariff
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air di lima wilayah di negeri itu sudah pulih sepenuhnya hari ini.

Menurut satu kenyataan daripada Air Selangor, semua kawasan itu mula menerima air sepenuhnya pukul 3 petang tadi.

Bekalan air lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) telah pulih sepenuhnya pada jam 3 petang, 1 Mei 2022.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Besari dalam satu kenyatan hari ini.

Semalam, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan berhubung pencemaran bau seakan diesel di muka sauk LRA Sungai Semenyih (Jenderam Hilir).

Pencemaran dilaporkan oleh Air Selangor pada jam 12.30 tengah hari semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast