Laman sesawang Covidnow yang memaparkan laporan mingguan Covid-19.

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 menunjukkan penurunan  dengan 2,107 kes dilaporkan semalam.

Menerusi data laman web Covidnow, sehingga pukul 11.59 malam tadi,  jumlah terkini Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 4,448,004.

Dalam perkembangan sama, angka kematian akibat Covid-19 yang direkodkan sehingga semalam adalah lima kes dan tiada kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sebanyak 44,214 kes kini sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, hanya 16 kes import dicacatkan dalam laporan yang sama.

Hanya 24 kes dicatat bagi mereka yang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 kes bagi mereka yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menerusi laporan mingguan itu lagi, jumlah kes yang mendapatkan rawatan di hospital adalah sebanyak 1,190 kes.

Menerusi laporan yang sama, sebanyak 6,890 kes sembuh dicatat dan jumlah kes pulih di negara ini  adalah sebanyak 4,366,951 kes. – MalaysiaGazette