Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menjelaskan kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pekerja Keluarga Malaysia di negara ini.

Justeru itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu semua Keluarga Malaysia dapat berganding bahu bagi memulihkan kembali ekonomi negara selepas pandemik Covid-19.

“Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua warga pekerja yang diyakini akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negaa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pagi ini beliau dijangka akan membuat satu ucapan sempena sambutan Hari Pekerja.

Menurut Ismail Sabri lagi, tema sambutan Hari Pekerja tahun ini adalah ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara’.

Jelas beliau lagi, tema itu selaras dengan usaha kerajaan dalam mencerminkan asprirasi kesepaduan, kesepakatan dan jalinan kerjasama untuk memulihkan ekonomi negara. – MalaysiaGazette