Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia Bawah 23 tahun Brad Maloney melepaskan jawatan itu hari ini. Foto AMIRUL SHAUFIQ 03 MEI 2022

PETALING JAYA – Pengendali Skuad B-23 Kebangsaan, Brad Maloney yakin dengan kebolehan anak buahnya selepas beberapa pusingan latihan dan perlawanan terakhir menentang Filipina.

Meskipun begitu, Maloney berkata,, skuadnya masih mempunyai sedikit perkara untuk dilakukan sebelum perlawanan pertama sukan SEA di Hanoi, Vietnam.

Apabila ditanya mengenai skuad kebangsaanyang bakal menentang Thailand, Kemboja, Laos, dan Singapura di peringkat kumpulan, Maloney akur kumpulan tersebut sangat mencabar.

Walaupun bakal berdepan negara tersebut, Maloney berharap dapat menyatukan keserasian semula dan mungkin menambah beberapa pemain yang bersamanya dalam Kejohanan AFF.

Katanya: “Saya fikir ia (skuad kebangsaan B-23) adalah kumpulan yang bagus kerana kami telah mendapat banyak tanda positif daripada latihan beberapa hari sebelum ini serta perlawanan persahabatan.

“Jadi saya yakin jika semuanya berjalan mengikut rancangan, kita boleh menjadi sangat kompetitif,” katanya tentang skuad itu.

Ditanya mengenai barisan muktamad skuad B-23 ke Hanoi, Maloney sekadar memetik nama Mukhairi Ajmal Mahadi, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Muhammad Azri Ab Ghani, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini.

Kesemua pemain ini mendahului dalam kumpulan masing-masing berdasarkan  pengalaman mereka dalam Liga Super.

“Saya percaya mereka layak menjadi teras dalam skuad kesebelasan utama B-23,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette.

Malah, beliau turut menaruh harapan keputusan yang lebih baik daripada AFF Kemboja kerana kebanyakan pemain ini beraksi dalam kelayakan AFC Oktober lepas. -MalaysiaGazette