The Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Covid-19 SOP flash flood floods Labour Day public holiday
Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor bersetuju cuti Hari Pekerja dibawa ke Rabu, 4 Mei selaras pengumuman rasmi Hari Raya yang jatuh pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Karim mengumumkan perkara itu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri (mengenai cuti tersebut) serta peruntukan Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] dan perkenan Sultan Selangor, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah bersetuju bahawa Cuti Hari Pekerja di Selangor akan dibawa kepada Rabu, 4 Mei 2022.

“Perubahan cuti hari kelepasan am ini adalah turut dipanjangkan untuk diterima pakai kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette