Sampel air diambil bagi memeriksa kualitinya.

KUALA LUMPUR – Air Selangor terus melakuan ujian persampelan air susulan insiden pencemaran bau yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi.

Ujian itu untuk memastikan agar air terawat yang bersih dan selamat dapat diagihkan kepada para pengguna.

Menurutnya, bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Pada masa sama para pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan air sementara menunggu bekalan air pulih sepenuhnya.

Terdahulu, Air Selangor mengumumkan gangguan bekalan air di 472 kawasan melibatkan lima wilayah susulan pencemaran telah dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Berikutan itu, Air Selangor melaksanakan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) pada jam 6.15 pagi dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) pada jam 11.30 pagi tadi.

Gangguan bekalan air itu melibatkan Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast