Jemaah mengerjakan sa'ie untuk menyempurnakan ibadah Umrah elepas melakukan tawaf mengelilingi Kaabah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Mekah, Arab Saudi. Foto HAZROL ZAINAL, 18 OKTOBER 2021.

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah menetapkan 30 Syawal sebagai tarikh akhir musim umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi.

Jemaah dari luar Arab Saudi boleh memohon pengeluaran visa umrah melalui platform elektronik yang diluluskan untuk perkhidmatan umrah bagi individu.

Kementerian ini akan mengumumkan tarikh pendaftaran dan penyerahan permohonan haji tahun ini, serta prosedur berkaitannya melalui saluran rasminya.

Terdahulu, kementerian ini menyeru orang ramai untuk mengemas kini aplikasi Eatamarna kepada versi terbaharunya atau memadam dan memuat turunnya semula bagi menyelesaikan masalah kemungkinan kerosakan supaya mereka boleh menempah permit umrah. – Saudi Gazette