Air Selangor water tariff
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesemua 472 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi pulih sepenuhnya 8 pagi tadi.

Gangguan bekalan air itu melibatkan lima wilayah iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual. – MalaysiaGazette